Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati
Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang aku curahkan
Buat mu seorang
Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu
Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa
Terasa diri di persenda
Di mana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini
Sesungguhnya aku tak mengerti
Jika benar cinta itu buta
Butakah mata ku
Berkali terluka masih jua ku merindu
Apa yang ku inginkan
Cuma kejujuran dalam perhubungan
Jika itu tiada
Apalah ertinya
Penantian ini hanya sia-sia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan